“Saya terfikir — kalau ditahan, mereka akan dicampur dengan tahanan lelaki dan wanita lain. Ruang itu bukan tempat untuk seorang anak kecil. Saya tak sanggup biar dia menyerap aura negatif lokap, apatah lagi membesar dengan trauma hanya kerana dia dilahirkan tanpa pilihan.” Maka dengan rasa Empathy & Sympathy saya mengambil keputusan di luar kebiasaan: membawa wanita dan anak itu pulang ke rumah dan uruskan untuk pulang ke negara mereka. saya tahu… kalau bukan saya yang melihat mereka dengan belas ihsan, siapa lagi?” Ia bukan soal undang-undang semata-mata, tapi soal kemanusiaan, naluri keibuan, dan prinsip Islam yang mengangkat maruah manusia tanpa mengira bangsa atau status. Sempena bulan kemerdekaan, Wanita Dalam Islam (WDI) membawakan tetamu istimewa, Laksamana Pertama Maritim (M) Zulinda binti Haji Ramly, Pengarah Bahagian Pembangunan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Ikuti kisah keberanian & jihad moden seorang Muslimah dalam mempertahankan kedaulatan negara serta keseimbangan antara amanah kerjaya ekstrem dan kehidupan peribadi.
Episod Istimewa Hari Malaysia: “Menakluk Langit, Menewaskan Stereotaip” Istimewa sempena sambutan Hari Malaysia 16 September, Wanita Dalam Islam mengetengahkan kisah luar biasa Leftenan Kolonel Norhana bt. Abd Manaf, juruterbang helikopter wanita pertama TUDM yang pernah mengemudi pesawat Alouette III dan Nuri serta menjalani latihan di Norway dan United Kingdom. Kisah beliau membuktikan bahawa langit bukan hanya milik lelaki, dan bahawa Islam tidak pernah menghalang wanita untuk berjaya. Sebaliknya, wanita Muslimah mampu berdiri gagah sebagai inspirasi buat generasi muda, seiring dengan semangat Hari Malaysia yang meraikan keberanian, pengorbanan dan penyatuan bangsa.
Dari Klinik ke Dapur: Menyulam Minat, Menyemai Inspirasi Hari ini, kita menyelami kisah istimewa seorang wanita yang pernah berbakti di bilik rawatan sebagai doktor pergigian, namun kini memenangi hati ramai di dapur sebagai chef selebriti dan usahawan Muslimah. Beliau adalah juara MasterChef Malaysia musim pertama, pengasas Pastribella Bakeshop, serta ikon yang menyatukan minat dan misi dakwah melalui makanan. Bersama kita – Dr. Ezani Farhana Md Monoto. Ayuh dengarkan bagaimana beliau menyulam minat menjadi sumber rezeki dan inspirasi, dengan semangat serta nilai seorang wanita Islam.
Wanita di Garis Hadapan: Antara Doa, Darah & Derita Wanita Dalam Islam kali ini membawakan satu nama yang cukup besar dalam dunia misi kemanusiaan iaitu Dr. Fauziah Mohd Hasan – Wanita pertama Malaysia membawa misi Women's Boat to Gaza. Beliau tidak membawa senjata, tapi membawa ilmu, keberanian dan doa sebagai bekalan dalam misi menyelamat nyawa dan memulihkan maruah umat. Hari ini, kita akan menyelami erti jihad moden, pengorbanan wanita, dan bagaimana seorang Muslimah boleh menjadi simbol kasih sayang dan kekuatan dalam dunia yang penuh luka.
Mendongak Ke Langit : Sains, Iman dan aspirasi seorang muslimah “Ramai fikir susah jadi wanita Muslim di dunia sains, tapi sebenarnya, kalau kita hebat, semua itu tak jadi halangan” - Kehebatan tidak diukur pada jantina, agama, atau rupa — tapi pada kemampuan menyelesaikan masalah. Dalam projek NASA, saya belajar bahawa dalam pasukan, setiap kelemahan akan dilengkapkan oleh kelebihan orang lain. Itulah makna sebenar kerja berpasukan.” -- Dr. Wan Wardatul Amani — saintis dan wanita Melayu pertama yang menjadi penyelidik utama misi NASA. Saksikan kisah motivasi, ilmu dan pengalaman unik beliau yang membuktikan bahawa tiada batasan untuk muslimah dalam mengejar ilmu dan kejayaan di pentas antarabangsa. #WanitaDalamIslam #InspirasiMuslimah #NASA #SainsDanIman #TVIKIM
Datuk Zaiton Othman, olahragawati jaguh Heptathlon Malaysia, berkongsi kisah inspirasi tentang bagaimana wanita Muslim dapat membina jati diri melalui gabungan sukan, ilmu, dan kepimpinan. Dari cabaran dunia sukan elit sehingga menimba ilmu dan memimpin generasi muda, beliau membuktikan bahawa wanita Muslim mampu mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sambil mengekalkan nilai dan prinsip Islam. Saksikan perjalanan dan pengalaman hebat beliau yang penuh motivasi ini #WanitaDalamIslam #InspirasiMuslimah #jaguhsukan #TVIKIM